SK TAMAN PUTRA PERDANA


28 Julai 2012, Taman Putra Perdana Sepang - Sekali lagi, menjadi permintaan sekolah-sekolah walaupun di dalam bulan Ramadhan, IQ Class Management telah melaksanakan Bengkel Pecutan Akhir UPSR 2012 di SK Taman Putra Perdana, Sepang. Bengkel yang berlangsung selama setengah hari bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang telah mendapat perhatian yang baik oleh peserta.


Sebagaimana biasa, sesi pagi dimulakan oleh Encik Kamarul Azami dalam slot pertama yang menyentuh  tentang tatacara menumpukan perhatian, peratusan kesediaan serta matlamat utama kehadiran mereka ke bengkel pada hari ini. Peserta dihidangkan dengan permainan bingo untuk menjelaskan keutamaan untuk mereka memulakan pecutan.


Sesi kedua dimulakan oleh Encik Johari dan disambung dengan perbincangan dan mengisi borang Merancang Kecemerlangan. Kemudian aktiviti diselangi dengan beberapa permainan 'Brain Gym' yang ditunjukkan oleh Encik Mohammad Zaki. Sesi kedua juga menyentuh soal persiapan kesihatan badan, mental. rohani dan emosi. Sesi ini diakhiri dengan sedikit perbincangan tentang tekanan peperiksaan dan ia didedahkan agar pemikiran peserta lebih positif berbanding sebelumnya.


Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan kami mendoakan agar pelajar yang hadir di dalam kursus tersebut akan berjaya beroleh keputusan yang mampu membanggakan diri, keluarga serta sekolah mereka.

Catatan Popular