SK SERI TASEK, 4 JAM


12 Julai 2012, Kuala Lumpur - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di SK Seri Tasek bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Ceramah yang berlangsung selama 4 jam bersama 2 kelompok yang berbeza dari sudut kemampuan pemahaman mereka.

Sebelah pagi, peserta dari 5 kelas pertama dan disebelah tengahari bersama 5 kelas kedua. Kelompok sasaran pertama dihidangkan dengan ceramah bertajuk pecutan akhir. Namun, ceramah tidak dapat diakhirkan dengan baik memandangkan masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Namun segalanya lancar dan disampaikan dengan baik.

Pada sesi kedua, peserta dihidangkan dengan Ceramah Motivasi Cinta. Ia bertujuan untuk menambahkan motivasi dan kemahuan mereka untuk berjaya. Ceramah disampaikan dengan baik walaupun dengan kurang kelengkapan yang ada. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus-lumus merealisasikan aktiviti ini dan semoga mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..

Catatan Popular