SIAP SEDIA GEMPUR DI SK KLANG


19 Jun 2012, Klang - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi Encik Kamarul Azami telah memenuhi jemputan untuk tahun berikutnya di SK Klang. Sasaran kali ini serupa sebagaimana tahun seblumnya iaitu pelajar tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada September 2012.

Pelajar diberikan peringatan dan pesanan tentang persiapan yang perlu mereka lakukan dan tindakan yang perlu diambil dalam tempoh yang singkat ini. Peserta harus menekankan serta memperjelaskan sasaran mereka untuk menduduki UPSR. Kemudian disusuli dengan mengenalpasti cara terbaik untuk mengatasi kelemahan yang dihadapi selepas percubaan yang lalu.

Peserta juga diingatkan, bahawa sikap adalah faktor besar kejayaan manusia. Oleh itu, sikap sombong dan putus asa adalah yang paling perlu dijauhi. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasihd dan penghargaan kepada pihak SK Klang yang saban tahun memberikan kepercayaan kepada kami untuk melakukannya. Semoga pada tahun ini, pelajar akan terus berusaha dan usaha guru-gurunya diberkati oleh Allah s.w.t.

Catatan Popular