PECUTAN AKHIR SK DUSUN TUA


7 Julai 2012, Hulu L:angat - Dengan izin dari Allah s.w.t. IQ Class Management telah memenuhi jemputan untuk mengadakan Bengkel Pecutan Akhir di SK Dusun Tua hari ini. Bengkel yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu dihadiri olehlebih dari 90 orang pelajar tahun 6 SK Dusun Tua lelaki dan perempuan.

Bengkel Pecutan Akhir kali ini diberikan nafas baru dengan memasukkan elemen permainan dan perbincangan serta beberapa aktiviti untuk menilai pencapaian akademik peserta. Aktiviti dimulakan dengan introduksi tumpukan perhatian, diikuti dengan permainan bingo, nombor dan mengisi carta merancang kejayaan pelajar.

Aktiviti berlangsung lancar dan diakhir pada jam 1.00 petang. Kami di IQ Class Management mendoakan kejayaan adik-adik di SK Dusun Tua dengan keputusan cemerlang 5A dan ucapan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi memberikan kepercayaan ini kepada kami untuk dilaksanakan. Kami doakan semoga para guru di SK Dusun Tua terus istiqamah untuk mendidikan anak bangsa kita.

 

Catatan Popular