PECUTAN AKHIR DI SK SRI JELOK KAJANG


9 Julai 2012, Kajang Selangor - Seawal jam 8.30 pagi kami tiba di SK Sri Jelok untuk memenuhi jemputan ceramah bertajuk Pecutan Akhir. IQ Class Management diwakili Perunding Utama Encik Kamarul Azami selaku penceramah pada hari tersebut.


Sebagaimana ceramah biasa, pelajar diperkenalkan dengan teknik memberikan tumpuan dalam belajar bermula dengan mewujudkan tumpuan, betulkan posisi badan, melihat, mendengar dan mencatat. Ceramah berlangsung selama 2 jam dengan membincangkan tentang apakah yang perlu pelajar lakukan untuk mendepani peperiksaan tidak lama lagi.


Pelbagai tips diberikan termasuk, menjaga kesihatan, menambahkan usaha serta meletakkan sasaran yang jelas untuk mendapatkan 5A. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih khususnya buat guru-guru SK Sri Jelok yang bertungkus-lumus menjayakan aktiviti ini dan kami doakan anak-anak di SK Sri Jelok akan mendapat 5A.

Catatan Popular