PECUTAN AKHIR DI SK PETALING 2 - KALI KEDUA TAHUN 2012


30 Jun 2012, Petaling - Kehadiran Perunding Utama Latihan Encik Kamarul Azami disambut baik oleh guru bertanggungjawab Cikgu Wan. Ceramah bermula baik walaupun pada awalnya hampir terlewat kerana tidak menemui sekolah.

Ceramah dimulakan seperti biasa merujuk kepada budaya belajar berkesan yang diperkenalkan IQ Class Management melalui introduksi INGAT! Belajar perlukan tumpuan dan tumpuan dapat diberikan melalui 4 unsur penting iaitu, kedudukan tubuh badan, mata, telinga dan tangan. Alat yang diperlukan adalah alat tulis dan buku catatan.

Kemudian peserta diperjelaskan tentang perbincangan utama mereka serta memulakan sesi ceramah dengan permainan bingo. Rumusannya, peserta ditanya tentang perasaan menang, ingin menang dan perasaan tewas. Peserta diminta untuk membayangkan jika itulah sebagaimana peperiksaan UPSR mereka bagaimana? Maka, untuk berjaya mereka perlu merancang, bersungguh-sungguh, ajak rakan dan atasi musuh dalam diri mereka.

Kemudian peserta dibimbing untuk melakukan beberapa perkara sebagai cara untuk mereka menambah perhatian mereka untuk peperiksaan. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dedikasi di SK Petaling 2 kerana sekali lagi sudi menjemput dan memberikan kepercayaan mereka untuk kami isikan kepada anak murid mereka. Semoga usaha ini diberkati dan diredhai Allah s.w.t.

Catatan Popular