IQ CLASS MANAGEMENT DI UPM


14 Julai 2012, Serdang - Kesatuan Pelajar-pelajar Melayu Selangor telah menjemput IQ Class Management untuk menjayakan Bengkel Pecutan Akhir UPSR 2012 di Kolej Keenam UPM. Bengkel yang dianjurkan mengumpulkan 200 orang pelajar dari SK Serdang dan SK Seri Serdang. Kedua-dua sekolah tersebut pernah menganjurkan program bersama IQ Class Management. Oleh yang demikian, semua peserta telah mengenali IQ Class Management khususnya Perunding Utama Latihan Dan Motivasi.


Kami diwakili oleh fasilitator Iman, Syida dan Fahmi. Mereka sama-sama membantu menggerakkan aktiviti bengkel ini yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 2.30 petang. Perjalanan lancar dan taklimat awal kepada peserta nampaknya adalah satu ulangkaji yang baik untuk mereka. Sesi diteruskan selepas itu dengan aktiviti SCORE, kemudian dalam sesi berikutnya permainan bingo, merancang kejayaan (borang) dan akhir sekali pengurusan stres.


Pengisian dan aktiviti berjalan lancar, namun terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak membantu proses pembelajaran seperti kemudahan LCD, pembesar suara dan pada sesi terakhir, seluruh UPM telah terputus kuasa elektrik. Ini menyebabkan, penceramah terpaksa menjerit untuk menyampaikan ceramah beliau. Walaubagaimanapun, ini bukanlah halangan untuk aktiviti ditamatkan tepat pada waktunya. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang tidak berbelah bagi diberikan oleh pihak sekolah dan kesatuan. Semoga usaha ini berterusan dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..

Catatan Popular