CERAMAH KEPIMPINAN MUDA



18 Julai 2012, Kampung Pandan, Kuala Lumpur - Ceramah dimulakan pada jam 10.00 pagi. IQ Class Management diwakili oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasi, Encik Kamarul Azami. Kali ini, penceramah berhadapan dengan kepimpinan muda seramai lebih kurang 35 orang dari kalangan tahun 3, 4 dan 5. Motif utama adalah untuk menimbulkan kesedaran tanggungjawab yang mereka pikul serta kepentingan untuk mereka melakukan tugas mereka dengan berkesan.


Tajuk ceramah kali ini adalah Kepimpinan Muda Berkesan. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan kami peluang untuk berkhidmat kepada anak didik di SK Puteri Pandan 1. Semoga usaha yang dimulakan ini akan berterusan dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..

Catatan Popular