CERAMAH KEPADA KEPIMPINAN SAMT HISHAMUDDIN

13 Julai 2012, Klang - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi telah berlepas dari Semenyih untuk memenuhi jemputan ceramah di Masjid Di Raja Bandar Klang bersama kepimpinan pelajar SAMT Hishamuddin. Ceramah bermula sejurus selesai menunaikan solat Isyak secara berjemaah di masjid tersebut. Penyertaan tidaklah begitu ramai tetapi harapan yang diberikan oleh guru yang menganjurkan amat tinggi sekali.

Ceramah ini mengetengahkan makna kepimpinan, ciri-ciri kepimpinan serta keutamaan dalam kepimpinan. Peserta sempat beraktiviti bersama dalam satu permainan mudah iaitu Lai Chi Kang. Kami di IQ Class Management amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Harith yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksana tugas ini. Kami amat berharap dan mendoakan agar usaha ini berterusan dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..

Catatan Popular