CERAMAH ISRAK MIKRAJ DI SK IJOK


22 Jun 2012, Kuala Selangor - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi Encik Kamarul Azami tiba di DK Ijok seawal jam 8.00 pagi bagi memenuhi jemputan ceramah bersempena sambutan Israk Mikraj di sekolah tersebut. Ceramah disampaikan di dataran perhimpunan sekolah di hadapan semua pelajar dan guru SK Ijok.

Walaupun dalam keadaan panas dan terbuka, ceramah yang disampaikan berjaya juga menarik minat pelajar khususnya pelajar tahun 5 dan 6. Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk melakukan tugas peringatan besar ini kepada anak-anak didik Muslim di SK Ijok. Sesungguhnya, pendidikan agama itulah yang lebih besar dan penting berbanding yang lainnya. Jika tidak punya pilihan, maka biarlah mereka mendalami ilmu agama sedalam-dalamnya.

Hari ini, ia bukanlah pilihan tetapi keperluan keduanya dan punya kebolehan untuk keduanya. Kami di IQ Class Management mendoakan agar usaha ini diberkati Allah s.a.w.t.

Catatan Popular