BERSAMA PELAJAR UIAM





15 Julai 2012, Gombak - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi telah dijemput oleh Sendayu Event Management bagi mengisi slot ceramah bertajuk Pengurusan Kepimpinan bersama perwakilan pelajar untuk mahallah-mahallah UIAM. Ceramah yang berlangsung selam 1 jam 30 minit tersebut telah dihadiri oleh lebih dari 30 orang pelajar-pelajar UIAM dari pelbagai jurusan.


Apa yang menariknya, ceramah ini disampaikan dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Ini disebabkan oleh penyertaan dari pelajar-pelajar luar negara yang menuntut di UIAM. Mesej yang disampaikan di dalam ceramah ini amat mudah dan ia mencakupi 5 elemen penting bermula dari Communication, Honest, Initiate, Energetic dan Facilitate.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur yang memebrikan kepercayaan dan semoga usaha ini berkekalan dan berjaya melahirkan pemuda dan pemudi yang kuat berjuang untuk agama dan bangsa mereka.

Catatan Popular