BENGKEL MOTIVASI CINTA DI UPM

10 Julai 2012, Serdang, Selangor - IQ Class Management telah diberikan kepercayaan sekali lagi oleh pihak SK Serdang untuk melaksanakan bengkel bertajuk Motivasi Cinta di Kolej Kelima UPM Serdang. Bengkel yang berlangsung bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang itu dilaksana oleh 2 orang iaitu Perunding Utama Encik Kamarul Azami dan Perunding Encik Johari.

Perjalanan lancar seperti biasa dengan taklimat awal diberikan oleh Perunding Utama dan diikuti dengan pengisian tajuk Pengurusan Masa. Kemudian, disusuli dengan pengisian oleh Perunding Encik Johari menyentuh beberapa isu berkenaan pembaikan sikap pelajar. Aktiviti ini diakhir dengan ceramah Motivasi Cinta oleh Perunding Utama Encik Kamarul Azami.

Aktiviti tamat lewat sedikit pada jam 1.10 petang. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang besar kepada kami. Kami doakan semoga dengan keberkatan dan kesungguhan usaha para guru, akan membuahkan kebanggaan anak-anak didik mereka khususnya di SK Serdang. Terima kasih.

Catatan Popular