YANG NAMANYA BOTOL


Yang namanya botol...

Ia diukir mengikut acuan dan isi hati
Di awalnya perlu tegas dan di akhirnya perlu awas
Agar lahir bentuknya yang menarik dan indah untuk dipuji

Yang namanya botol...

Ada ruang yang perlu diisi
Isilah dengan sesuatu yang bermakna
Kerana nilai bekas mengikut apa yang diisi
Bukan mengikut bentuk yang diberi

Maka isilah air kebaikan punca kehidupan
Bukan air setan perosak jiwa dan fikiran
Atau isilah dengan wangian agar dapat menutup keaiban
Atau cahaya yang bersinar menyuluh kegelapan

Yang namanya botol...

Bila terbiar kosong
Ia akan terasing dan dipinggir
Atau hanya sebagai hiasan semata
Atau barang dagangan yang mencari tuan yang tidak tahu arah tujuan
Yang pasti jika sudah terpecah
Kamu tidak mampu mengembalikan asalnya
Seperti sedia ada ketika awal kamu memilikinya

Maka dengarlah pesanan ini:

Kasihanilah
Sayangilah
Botol-botol kaca ini...

*peserta2 kita tidak ubah seperti botol kaca..maka awaslah pada perilaku dan tindakmu...

Follow by Email

BERSAMA KAMI