SMK SERI KUNDANG KALI KEDUA


10 Mei 2012, Sungai Buloh - Alhamdulillah, IQ Class Management telah bergerak ke SMK Seri Kundang dan tiba seawal jam 7.45 pagi. Kehadiran kami disambut baik para guru di sana. Namun bengkel bermula sedikit lewat pada jam 8.30 pagi. Kehadiran kami kali ini dengan misi untuk memperkenalkan dan memberikan beberapa bimbingan kepada pelajar mengenai kemahiran belajar yang khusus kepada 2 kemahiran iaitu teknik mengingat cara bercerita dan perkaitan serta 'mind mapping' ringkas.


Perjalanan bengkel berjalan lancar dengan diketuai pakar 'mind mapping' IQ Class Management, Encik Mohammad Zaki. Peserta berhenti rehat pada jam 10.00 pagi dan disambung semula pada jam 10.30 pagi. Bengkel juga diselang-selikan dengan aktiviti 'brain gym' sebagai latihan meningkatkan kapasiti penggunaan otak.

Antara pembelajaran yang dibincangkan adalah mengenai kapasiti otak manusia, masa belajar, teknik mengingat secara praktikal, 'mind mapping' secara latih tubi dan pertandingan berkumpulan. Kami ucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan aktiviti yang mudah-mudahan memberi kesan yang baik kepada pelajar serta diberkati Allah s.w.t..

Catatan Popular