SK KELANA JAYA (2), 6 TAHUN

 
  
28 April 2012, Kelana Jaya - Semenjak tahun 2007, IQ Class Management telah diberikan kepercayaan untuk mengemudi latihan kepimpinan di SK Kelana Jaya 2. Kepercayaan ini seharusnya diberikan balasan dengan melaksanakan tugasan kami dengan sebaik mungkin.

Alhamdulillah, perjalanan kursus berjalan dengan lancar dengan modul baru yang kami bina khusus atas permintaan pihak sekolah (Puan Rela). Kursus kali ini diberi nama Kursus Kepimpinan Muda Berkesan. Ia membincangkan 5 elemen sebagai ketua iaitu kekemasan diri, mengelakkan diri dari melakukan kesalahan disiplin, taat perintah, uruskan diri dan masa serta amanah dengan tugasan yang diberikan.


Kursus yang bermula dari jam 8.00 pagi tamat pada jam 1.00 petang. Kami di IQ Class Management amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak sekolah serta Ustaz Mustafa yang terus memberikan kepercayaan kepada kami. Semoga Allah membalas kebajikan kalian di akhirat kelak.

Catatan Popular