SK GOMBAK SETIA KALI KEDUA


18 April 2012, Gombak - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi dijemput untuk kali kedua bagi tahun 2012 ke Sekolah Kebangsaan Gombak Setia. Ia merupakan satu amanah yang besar untuk menyampaikan ceramah bertajuk Motivasi Cinta tetapi pada kali ini kepada pelajar tahun 5 sekolah tersebut.

Ceramah bermula pada jam 11.00 pagi dan penceramah diiringi oleh Perunding Latihan Dan Motivasi Mohammad Zaki dan Johari. Perjalanan ceramah lancar walaupun pada awalnya peserta sukar untuk memberikan tumpuan disebabkan mereka baru pulang dari aktiviti luar. Penceramah berjaya membawa mereka sehingga ke medan muhasabah diri untuk membina kejayaan diri dari dalam diri mereka.

Usaha murni ini, kami harapkan tidak tamat di sini sahaja. Ia perlu diteruskan dan diberikan pelbagai pendekatan untuk memastikan peribadi pelajar ini baik dari segi akademik mahupun sahsiah.

 

Catatan Popular