SK CONVENT SENTUL 2


19 Mei 2012, Sentul, Kuala Lumpur - IQ Class Management telah dijemput untuk memberikan latihan kepada pengawas, pss dan pst di SK Convent Sentul 2. Aktiviti yang bermula seawal jam 8.00 pagi telah disertai oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 4, 5 dan 6.

IQ Class Management pula telah diketuai oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi, Encik Kamarul Azami dan dibantu dengan 2 orang fasilitator baru Cik Siti Kamilia Husna dan Adriana. Perjalanan aktiviti lancar dengan dimulakan dengan senaman pembukaan brain gym. Kemudian, peserta diberikan nasihat bagaimana untuk menumpukan perhatian sepanjang kursus ini berlangsung.

Aktiviti berjalan dengan membincangkan topik kepimpinan muda. modul kepimpinan muda kali ini telah diolah semula dengan memperbaiki beberapa aspek untuk menguatkan penyampaian. Jadi, sesi sebelum rehat sehingga jam 10.00 pagi, peserta dibawa membincangkan topik kepimpinan muda dan elemen di dalam kepimpinan muda.

Topik pertama perbincangan adalah ketua, rakan dan berakhir dengan tugas. Perjalan program lancar dan peserta juga memberikan kerjasama dan menunjukkan displin yang amat tinggi. Kami di IQ Class Management berharap agar aktiviti sebegini dapat memberikan pendedahan yang berguna untuk peserta dan usaha yang diberkati buat guru-guru. Kami ucapkan jutaan terima kasih keranan memberikan kepercayaan kepada kami untuk membimbing pesert di dalam kursus ini.

Catatan Popular