KURSUS MOTIVASI DAN BELAJAR CARA BELAJAR BERKESAN DI SMI PUCHONG


14 April 2012, Puchong - IQ Class Management bersama fasilitator telah menerima jemputan bagi melaksana Kursus Motivasi dan Kemahiran Belajar di Sekolah Menengah Islam Puchong. Sekolah yang terletak ditengah-tengah kampung di Puchong merupakan sekolah yang amat menakjubkan bagi kami.

Perjalanan kursus lancar dengan dibantu fasilitator Azali, Helmi, Edi dan Adri. Kursus bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang. Kursus ini bermula dengan taklimat ringkas serta memperbetulkan niat dalam belajar. Peserta kemudian dibimbing untuk bagaimana merencana belajar mereka dengan berkesan melalui konsep belajar S.M.A.R.T. Bermula dari merencana (strategi), istiqamah (mind set), pembentukan sikap (attitude), menggunakan teknik belajar 3R serta pengurusan masa yang berkesan.

Kursus tamat jam 1.00 petang dan kami amat berbesar hati kerana dapat memberikan perkhidmatan di SMI Puchong ini. Kami dihidangkan dengan jamuan dan sambutan yang amat menggemberikan. Kami doakan agar usaha dakwah dan pendidikan (tarbiyah) SMI Puchong terus berkembang dan menjadi contoh kepada yang lain.

Catatan Popular