IQ CLASS MANAGEMENT DI JOHOR

  
15 April 2012, Ulu Tiram - IQ Class Management telah menerima jemputan kursus keluar dari Lembah Klang buat kali pertama. IQ Class Management diwakili oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasi, Encik Kamarul Azami telah berada di Savannah Hills Resort selama 1 hari bersama kepimpinan muda dari Sekolah Rendah Islam Hidayah.

Beliau dibantu 3 orang fasilitator dari UNIKL Pasir Gudang. Peserta seramai lebih 150 orang membuatkan kursus ini amat meriah dan menggemberakan. Perjalanan kursus seperti mana biasa modul Kursus Kepimpinan Muda Sekolah dengan 3 aspek utama dibincangkan iaitu ketua, patuh dan teladan.

Walaubagaimanapun, aktiviti bermula lewat disebabkan kelewatan yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih kami ucapkan kepada Ustazah Zaleha Daud yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksana kursus ini. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.




Catatan Popular