IQ CLASS MANAGEMENT DI BUKIT BERUNTUNG

 

12 Mei 2012, Bukit Beruntung - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami telah dijemput untuk memberikan ceramah selama 2 jam 30 minit di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 12 tengahari.

Ceramah yang dimulakan ceria walaupun sedikit kepanasan di dalam dewan yang disediakan, tidak merencatkan sedikit pun persembahan penceramah dengan disambut baik dan kerjasama erat dari pelajar-pelajar yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, musyrif (surau), PRS dan pengerusi-pengerusi persatuan.

Ceramah dimulakan dengan taklimat menumpukan perhatian dan diikuti dengan beberapa aktiviti seperti ujian kepimpinan, kamil kata dan sorakan kumpulan. Peserta didedahkan dengan 3 elemen di dalam kepimpinan muda iaitu ketua, rakan dan tugas. Antara pembelajaran yang dapat mereka perolehi adalah menjadi seorang ketua melalui kemahiran kawal, elakkan, tegur, ubah dan amanah serta patuh sebagai rakan yang dibimbing melalui pendengaran yang baik, amanah dengan tugas, tidak berdolak-dalik, usaha yang terbaik serta hindari hasutan.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan kami peluang berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar-pelajar kepimpinan muda SK Bukit Beruntung 2. Kami doakan moga semua pelajar mendapat rahmat dan dikasihi Allah s.w.t. serta guru-guru terus istiqamah dan mendapat kasih sayang Nya.

Catatan Popular