CERAMAH 3 JAM DI SK SUNGAI SERDANG

26 April 2012, Klang - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi, Encik Kamarul Azami bersama Perunding Latihan Dan Motivasi Encik johari telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serdang untuk ceramah motivasi lanjutan hasil dari program yang dianjurkan pada awal tahun 2012 yang lalu. Ia adalah sebagai usaha untuk mengekalkan momentum motivasi pelajar UPSR di SK Sungai Serdang.

Ceramah yang berlangsung selama 3 jam, membincangkan tentang pengurusan masa dan tumpuan yang harus diberikan oleh pelajar dalam usaha untuk mengekalkan kecemerlangan mereka dalam belajar dan peperiksaan.

Peserta diperkenalkan dengan teknik belajar 3R iaitu Read, Record dan Repeat. Terima kasih atas kepercayaan yang tidak terhingga diberikan kepada IQ Class Management. Semoga usaha ini dikira sebagai amal kebajikan dan Allah berikan natijah yang baik buat mereka yang berusaha.

Catatan Popular