CERAMAH 3 JAM UNIT BERUNIFORM


4 April 2012, Kelana Jaya - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management telah dijemput untuk mengisi slot ceramah selama 3 jam untuk 250 orang pelajar SK Kelana Jaya 1. Beliau dibantu oleh Mustafa memulakan ceramah dengan beberapa pesanan dan persediaan sebelum belajar.

Ceramah berlangsung dengan baik apabila diselang-selikan dengan aktiviti yang menyebabkan peserta tidak bosan dan mengantuk. Disiplin peserta amat baik dengan dibantu oleh barisan guru-guru mereka yang amat berdedikasi. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih dan berharap pelajar-pelajar sekolah ini akan berjaya menjadi pelajar yang cemerlang.

Sedang membuat latihan

Memberikan penerangan

Membina pasukan

Catatan Popular