MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR DI METHODISTS PJ

26 Mac 2012, Petaling Jaya - Perunding Latihan Dan Motivasi IQ Class Management Encik Mohammad Zaki telah dijemput untuk memberikan ceramah Kemahiran Belajar di SK Methodist Petaling Jaya. Ceramah yang bermula seawal jam 8.30 pagi tamat pada jam 10.30 pagi.

Beliau ditemani Encik Johari dalam ceramah selama 2 jam untuk pelajar tahun 6 sekolah tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan diharapkan pihak sekolah berpuas hati dengan persembahan penceramah kami. Kami di IQ Class Management sentiasa mendoakan agar pihak penganjur diberikan kemudahan dan istiqamah terus untuk mendidik anak bangsa sehingga berjaya.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI