MOTIVASI CINTA DI SK GOMBAK SETIA


21 Mac 2012, Gombak - Pulang dari Kemaman, Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management Encik Kamarul Azami bersama Encik Mohammad Zaki telah memenuhi jemputan ceramah di SK Gombak Setia untuk pelajar tahun 6 seramai hampir 200 orang pelajar.

Ceramah yang bermula jam 8.30 pagi tersebut dimulakan dengan baik walaupun, penceramah baru baik dari demam setelah pulang dari Kemaman. Walaupun penceramah masih dilihat kurang bertenaga ditambah dengan suaranya yang semakin serak, penceramah masih meneruskan ceramahnya yang bertajuk Motivasi Cinta sehingga tamat jam 10.30 pagi.



Ceramah berlangsung dengan baik serta dilihat dapat meninggalkan kesan di dalam hati para peserta. Apa yang kami harapkan, tangisan airmata peserta itu adalah sebagai faktor penolak motivasi peserta untuk terus berjaya mendapat kecemerlangan bersama teman-teman mereka serta menggembirakan hati guru dan ibu bapa mereka.





Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan kepercayaan kami untuk bersama dengan pelajar dan menyumbang sedikit suntikan untuk menjana kejayaan mereka. Kami doakan agar keputusan SK Gombak Setia akan datang akan lebih baik dan berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.



Catatan Popular