MODUL MOTIVASI CINTA UPSR DI SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA


28 Februari 2012, Kota Damansara - Pasukan Facilitating And Development Team (FaDelaT) bersama perunding-perunding IQ Class Management telah dijemput ke SK Seksyn 11 Kota Damansara bagi menjalankan Program Motivasi Kendiri Tahun 6. Aktiviti berlangsung selama setengah hari bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang.

Sesi pertama, Perunding Utama Latihan Dan Motivasi memulakan dengan taklimat dan kontrak antara pelajar dengan program yang dianjurkan. Mereka wajib menumpukan perhatian serta menyediakan minda untuk belajar. Seterusnya beliau telah membentukkan kumpulan peserta dan akhirnya menjalankan muhasabah kepada pelajar.



Selepas rehat minum pagi, sesi diteruskan dengan pengurusan masa dan diakhiri dengan sesi kemahiran belajar bersama Encik Mohammad Zaki. Aktiviti tamat sedikit lewat jam 1.15 petang dan kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan khususnya oleh Cikgu Syuhada dan mendoakan agar pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan akan datang dan sebagai manusia yang berguna.

Terima kasih.

Peserta sedang mendengar ceramah oleh Encik Kamarul Azami

Peserta sedang bermuhasabah

Encik Mohammad Zaki sedang menyampaikan beberapa teknik belajar

Peserta khusyuk mendengar ceramah

Catatan Popular