KURSUS KEPIMPINAN DI SMK SERI KUNDANG


23 Mac 2012, Kundang, Rawang - Pasukan perunding IQ Class Management yang diketuai oleh Encik Kamarul Azami telah tiba seawal jam 8.00 pagi di SMK Seri Kundang bagi memenuhi undangan Kursus Kepimpinan Kokurikulum. Pasukan IQ Class Management hadir bersama modul Kursus Eksplorasi Dan Latihan Kepimpinan Sekolah.

Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kami bermula agak lewat dan ini menjadikan masa kami semakin suntuk apabila terpaksa berhenti awal untuk menunaikan solat Jumaat. Atas sebab tersebut, sedikit sebanyak menjejaskan bahan yang ingin disampaikan dan beberapa aktiviti terpaksa dibatalkan.



Keadaan tersebut bagaimanapun sedikit sebanyak memberi ruang kepada Perunding Utama kami untuk lebih banyak berehat kerana keadaan suaranya yang hilang dan serak teruk. Aktiviti berjalan lancar dan semua peserta terlibat dengan komited dalam menjayakan kursus ini. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kepercayaan ini kepada kami untuk dilaksanakan. Kami doakan, mereka semua yang terdiri daripada jawatankuasa tertinggi kelab, persatuan dan badan beruniform dapat menjadi pemimpin yang cemerlang dan berkesan di dalam organisasi mereka.


Perbincangan dalam kumpulan

Perunding Utama memulakan kursus

'Lai Chi Kang'

Permainan 'Jual-Beli'

Catatan Popular