CERAMAH CINTA DI SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA


1 Mac 2012, Kota Damansara - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi bergerak ke SK Seksyen 11 Kota Damansara untuk kali kedua untuk memberikan ceramah bertajuk Motivasi Cinta kepada pelajar tahun 6 Allamanda dan 6 Bougainvilla selepas kelompok pertama berlangsung pada 28 Februari 2012.

Ceramah berjalan lancar dengan respon yang baik dari pelajar-pelajar. Seperti biasa ceramah dimulakan dengan kontrak dan sedikit pemecah bendungan. Pelajar didedahkan dengan cinta 5 perkara dan diakhiri dengan muhasabah diri.

Alhamdulillah segalanya lancar dan diharapkan, perjalanan program ini diberkati Allah s.w.t. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih dan berharap dengan sumbangan yang sedikit ini dapat membantu kejayaan anak-anak di SK Seksyen 11 Kota Damansara.

Catatan Popular