BERKAMPUNG DI SK SUNGAI PUSU


4 Mac 2012, Gombak - IQ Class Management bersama Facilitating And Development Team (FaDelaT) telah dijemput memeriahkan dan melaksana modul SEMAI di SK Sungai Pusu selama 3 hari 2 malam buat kali yang kelima (tahun kelima). Program yang disertai seramai hampir 190 orang ini telah diketuai oleh Perunding Latihan Dan Motivasi IQ Class Management, Encik Mohammad Zaki.



Ia bertujuan untuk menyemai minat belajar sekaligus mempersiapkan peserta tahun 6 SK Sungai Pusu untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Pada hari pertama (2 Mac 2012) peserta diberikan kesempatan untuk berkenalan dengan fasilitator mereka serta melalui proses pemecah bendungan sehinggalah pada hari kedua (3 Mac 2012), peserta dibimbing untuk mengenal potensi diri serta merencana matlamat kejayaan mereka. Pada malamnya, mereka bersama dengan Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami untuk sesi ceramah Motivasi Cinta yang berakhir dengan muhasabah diri.



Berikutnya pada hari keempat (4 Mac 2012), peserta sekali lagi bersama ketua kursus Encik Mohammad Zaki untuk beberapa sesi kemahiran belajar sehingga jam 1.00 petang. Alhamdulillah, perjalanan aktiviti lancar dan mendapat kerjasama baik daripada guru-guru dan pelajar sendiri. Semoga usaha ini diberkati dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu J dan Cikgu Mai kerana masih memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakannya.

Sesi muhasabah dalam Motivasi Cinta

Perbincangan fasilitator

Pembentangan kumpulan

Perbincangan dalam kumpulan LDK

Sesi bersama Perunding Latihan Dan Motivasi

Catatan Popular

Imej

SK DESA TASIK