BENGKEL KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH SK TAMAN UNIVERSITI


10 Mac 2012, Seri Kembangan - Alhamdulillah, IQ Class Management telah dijemput oleh Cikgu Haslina untuk menjalankan satu bengkel iaitu Bengkel Kepimpinan Muda Sekolah selama setengah hari. Bengkel bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Penyertaan adalah dari kalangan pengawas dari tahun 2 hingga 6 seramai 140 orang.



Bengkel bermula lancar walaupun pada mulanya penyertaan dimaklumkan seramai 90 orang sahaja. Perjalanan bengkel ini sangat menarik dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua peserta. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih dan amat berbesar hati kerana memberikan kepercayaan kami untuk membimbing pemimpin di SK Taman Universiti. Mudah-mudahan segala usaha ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t..

Peserta yang hadir

Salah satu aktiviti yang dijalankan

Peserta membentuk kumpulan

Peserta sedang berbincang dalam kumpulan

Peserta sedang menjalankan aktiviti menampal

Perunding Utama Latihan & Motivasi IQ Class Management sedang memberikan latihan

Guru Besar sedang memberikan ucapan penutup

Follow by Email

BERSAMA KAMI