2 SESI CERAMAH DI SK SEKSYEN 27 (1) SHAH ALAM


29 Februari 2012, Seksyen 27, Shah Alam - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi, Encik Kamarul Azam i diiringi oleh Encik Johari telah tiba di SK Seksyen 27 (1) Shah Alam bagi memenuhi 2 jemputan ceramah kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan tahun 4.

Ceramah berjalan lancar dan diharapkan pelajar dapat memanfaatkan apa yang dibincangkan. Penceramah memberikan penekanan kepada aspek pengurusan masa agar menyedarkan peserta untuk tidak membuang masa mereka dengan perkara yang tidak berfaedah atau tidak berkesan.

Ceramah pertama bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi bersama pelajar-pelajar tahun 4 dan disambung jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari bersama pelajar-pelajar tahun 5. Respon peserta amat baik dan kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk menyam paikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar SK Seksyen 27 (1) Shah Alam.

Peserta membuat ujian tepukan

Sebahagian peserta khusyuk mendengar ceramah

Pelajar tahun 4 mendengar ceramah

Catatan Popular