SUSULAN KEMAF


16 Februari 2012, Bestari Jaya - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi, Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini telah menghadiri induksi Program Kepimpinan anjuran PPMU UNISEL untuk ke SK Parit Serong Tanjong Karang. Ini merupakan hasil tuaian KEMAF yang dibimbing oleh IQ Class Management.



KEMAF atau Kem Asas Fasilitator telah dilaksana pada penghujung 2011. Hasilnya, satu kumpulan dari kelompok peserta telah berhasil menganjurkan program sehari. Apa yang pastinya, mereka masih baru, muda dan banyak ingin dipelajari. Apa yang dapat kami pelajari, usia muda adalah waktu emas dan pada saat ini, yang ada pada mereka tenaga, masa dan semangat yang makin sirna buat kami.



Semoga usaha ini diteruskan. Kami di IQ Class Management mendoakan agar PPMU UNISEL akan berjaya menjadi contoh buat masyarakat di Bestari Jaya dan menjadi pemangkin pergerakan mahasiswanya. Kami amat berbesar hati dan berbangga kerana menjadi sebahagian daripadanya.

Catatan Popular