SEMAI BERSAMA SK SUNGAI SERDANG


10 Februari 2012, Morib, Banting - IQ Class Management bersama FaDelaTnya telah bergerak ke Kem El-Azzhar Morib bagi memenuhi jemputan mengadakan Kursus Menyemai Minat Belajar atau lebih dikenali dengan SEMAI bersama pelajar-pelajar tahun 6 dari SK Sungai Serdang.

Kehadiran pelajar seramai lebih kurang 100 orang memberikan pelbagai ragam dan karenah mereka sepanjang kursus berlangsung. Kursus berlangsung selama 2 hari 1 malam dengan aktiviti yang menjurus kepada menanam minat belajar dan kemahiran belajar. Modul ini telah dibangunkan secara asasnya oleh Perunding Latihan Dan Motivasi IQ Class Management, Encik Mohammad Zaki bin Melatusamsi.

Beliau sendiri yang mengetuai kursus ini bersama bantuan rakan Encik Johari bin Hamzah dan FaDelaT yang dihadiri oleh Fitri, Adri, Tasya dan Mazlin. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah khususnya Cikgu Hafiz yang penuh komitmen menggerakkan kursus ini juga pihak sekolah yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakannya. Kami doakan yang terbaik untuk pelajar-pelajar SK Sungai Serdang.

Catatan Popular