SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 DI SK SUNGAI BULOH


10 Februari 2012, Sungai Buloh - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini telah diundang ke SK Sungai Buloh bagi mengisi waktu ceramah dengan tajuk Kepimpinan dan Keperibadian Rasulullah s.a.w.

Seramai hampir 700 orang pelajar dari peringkat pra sekolah, pendidikan khas dan pelajar tahun 4 hingga 6 termasuk guru-guru mereka hadir dan memeriahkan sambutan ini. Alhamdulillah, penyampaian dan kemahiran menggunakan alatan bantu mengajar membantu penceramah untuk memudahkan mesej yang ingin disampaikan.

Ia juga peluang kepada pelajar mengenali sejarah Nabi besar junjungan kita Muhammad Rasulullah. Ia satu program yang patut dibanggakan dan diperbanyakkan agar generasi baru kini tidak lupa dan tidak leka dengan kemudahan yang dikecapi hari ini. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan tahniah dan amat berbangga menjadi sebahagian dari penganjurannya. Jutaan terima kasih kepada Ustaz Faizal yang menjadi jambatan keterlibatan kami bersama pihak sekolah. Terima kasih.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI