RAHSIA KEJAYAAN #2


Kejayaan telah kita bincangkan sebelum ini, bermula dengan kehendak yang kuat untuk berjaya dan ia haruslah bermula dengan diri sendiri. Maka diri kita perlu jelas degan kehendak akal kita. Kadangkala kita tertipu dengan diri kita sendiri. Inginkan kejayaan, tetapi maklumat kejayaan itu tidak sampai kepada seluruh tubuh badan kita yang menyebabkan tindakan kita tidak mengarah kepada kejayaan tadi.

Maka, selain dari kehendak, perlulah pula kita datangkan usahanya. Antara usaha awala yang perlu kita lakukan adalah dengan mendatangkan minat, melahirkan keseronokan dalam perkara yang kita lakukan atau pembelajaran. Sebagai pelajar, kita dalah sangat perlu untuk menghormati guru yang mengajar kita. Usaha kita akan menjadi lebih mudah apabila mempunyai disiplin, peraturan dan adab-adab dan semuanya kita patuhi dengan baik.

Sebagai seorang pelajar, kita perlu membuat pelbagai persiapan dan persediaan. Ini adalah sebahagian dari usaha yang penting. Persediaan sebelum belajar, persediaan sebelum peperiksaan, bagaimana strategi mencipta kejayaan dan kadangkala kita juga perlu tahu bagaiamana untuk berhadapan dengan cabaran dan tekanan untuk menghadapi kejayaan. Semua ini akan mengukur sejauhmana kita berusaha dan kejayaan hanya akan dirasai oleh orang yang berusaha. Usaha adalah tangga kepada kejayaan.


Muat turun artikel ini di sini.

Follow by Email

BERSAMA KAMI