KURSUS KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH DI SK BANDAR BARU SELAYANG


25 Februari 2012, Gombak - FaDelaT atau Facilitating And Development Team IQ Class Management bersama Perunding Utama dan Perunding Latihan Dan Motivasi IQ Class Management telah mengisi satu kursus yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang. Kursus yang berlangsung selama 1 hari bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang itu dihadiri oleh hampir 110 orang peserta dari kalangan pemimpin muda di sekolah. Mereka terdiri daripada pengawas sekolah, pustakawan, ketua dan penolong ketua kelas, pengawas SPBT serta PRS.



Sesi pagi bermula dengan ucapan aluan oleh Guru Penolong Kanan HEM sekolah. Kami diberikan mandat secara rasminya pada jam 8.30 pagi untuk kursus dimulakan dengan sesi taklimat oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan komitmen dan kerjasama baik dari pada guru-guru sekolah.



Kursus ini diisi dengan 2 elemen utama iaitu definisi kepimpinan serta ciri kepimpinan muda. Dalam tajuk ciri kepimpinan muda, peserta didedahkan dengan 3 elemen iaitu ketua, patuh dan teladan. Kursus berakhir pada jam 5.00 petang dengan ucapan khas daripada Guru Besar SK Bandar Baru Selayang. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih dan berbangga kerana dipilih menjadi sebahagian daripada kelompok yang memberikan bimbingan kepada pelajar. Semoga barisan guru-guru diberikan semangat dan terus istiqamah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, Insya-Allah.

Wajah-wajah ketua kumpulanPerbincangan dalam kumpulan

Pembentangan kumpulan

Ketua kumpulan mendengar tugasan

Menjalani latihan

Persembahan dan kumpulan terbaik

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI