IBU BAPA SEBAGAI MOTIVATOR DI SK SERDANG


3 Februari 2012, Sedang - Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini telah dijemput untuk memberikan ceramah bertajuk Ibu Bapa Sebagai Motivator kepada ibu bapa pelajar di SK Serdang, Serdang. Ceramah yang berlangsung selama 1 jam dimulakan dengan nyanyian lagu Lai Chi Kang oleh ibu bapa dan pelajar tahun 6 SK Serdang.

Penceramah yang juga Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management memberikan gambaran dan pra-syarat untuk memastikan anak-anak berjaya. Pra-syarat ini adalah kunci kerana ia sangat bersangkutan dengan persepsi ibu bapa sendiri terhadap anak-anak.

Ceramah berakhir dengan 5 pesanan penting untuk ibu bapa berikan perhatian dalam memastikan anak-anak mereka berjaya. Kami di IQ Class Management memuji dan mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak SK Serdang yang bersungguh-sungguh melaksana program ini khususnya buat Cikgu Zaimah yang sekali lagi memberikan kepercayaan kepada IQ Class Management untuk merealisasikannya. Terima kasih.

Catatan Popular