BENGKEL KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH DI SK BANDAR SRI DAMANSARA 3


11 Februari 2012, Bandar Sri Damansara - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi, Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini berlepas dari Morib. Di Morib berlangsung satu kursus dan pada malam sebelumnya, beliau diperlukan untuk sesi ceramah di sana.



Alhamdulillah, pada hari berikutnya, beliau dapat bertemu dan bersama pelajar-pelajar kepimpinan di SK Bandar Sri Damansara 3. Modul Bengkel Kepimpinan Muda Sekolah merupakan modul yang diasaskan oleh beliau sendiri dan sekarang banyak dilaksanakan di sekolah-sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.



Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih buat Cikgu Noriah yang sekali lagi memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksana kursus ini bagi pihak sekolah. Semoga usaha murni ini diberkati Allah dan dipermudahkan segala urusannya. Terima kasih.

Follow by Email

BERSAMA KAMI