PENGURUSAN MASA DI SK SERENDAH


2 Februari 2012, Serendah - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini telah memberikan ceramah bertajuk Pengurusan Masa kepada pelajar-pelajar tahun 6 untuk kelompok pertama. Menurut Cikgu Farhana, pelajar terpaksa dibahagikan kepada 2 kelompok kerana bilangan yang ramai dan ini bagi memastikan usaha untuk menyampaikan mesej oleh penceramah akan lebih berkesan.

Kami di IQ Class Management amat berbesar hati dan berbangga atas kepercayaan yang diberikan sekali lagi kepada kami. Pengurusan masa merupakan salah satu kemahiran penting dalam pembelajaran bagi membolehkan pelajar mengetahui ruang dan kesempatan yang ada untuk mereka mempersiapkan diri untuk mencapai kejayaan.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SK Serendah khususnya Cikgu Farhana kerana ruangan yang diberikan dan kami doakan anak-anak di SK Serendah akan berjaya di dalam peperiksaan UPSR dan seterusnya kehidupan dunia dan akhirat.

Catatan Popular