SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA SELANGOR


5 Januari 2012 bersamaan 11 Safar 1433h, Bestari Jaya, Kuala Selangor - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management telah menerima undangan ceramah oleh pihak Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor dalam program awal tahun mereka.

Ceramah bertajuk 'Pengurusan Masa' disampaikan dalam tempoh masa 2 jam tetapi dilakukan dalam 2 sesi. 1 jam pertama, beliau lebih menyentuh tentang apa itu masa dan apakah yang biasanya kita meletakkan anggapan tentang masa.

Pada separuh masa kedua, beliau mula menyentuh tentang kepentingan untuk memelihara masa dan menggunakan ia dengan berkesan berlandaskan pesanan Saidina Ali, iaitu masa itu ibarat pedang. Peserta diingatkan bahawa,

  1. Masa dan mati
  2. Masa adalah milik Allah s.w.t.
  3. Masa usah ditangguhkan
  4. Masa bermakna dengan keazaman.

Ceramah dimulakan pada jam 3.30 petang dan berhenti rehat pada jam 4.30 petang. Kemudian disambung semula sehingga jam 6.15 petang. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak SM Teknik Kuala Selangor khususnya Cikgu Zurina yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menyampaikan pesanan baik kepada warga pelajarnya.

Catatan Popular