SAM BAGAN TERAP


27 Januari 2012, Bagan Terap, Sungai Besar - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi diiringi oleh Encik Johari telah memenuhi undangan ceramah untuk calaon-calon PMR, SMA dan SPM di SAM Bagan Terap, Sungai Besar.

Ceramah yang berlangsung selama hampir 2 jam ini membincangkan tentang ciri pelajar S.M.A.R.T yang pertama iaitu 'Strategi Kejayaan'. Alhamdulillah respon yang baik telah ditunjukkan oleh peserta sekaligus memberikan pengalaman dan pengajaran baru lagi bagi kami di IQ Class Management.

Kami amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah khususnya Cikgu Fairuz kerana memilih kami sebagai pengisi momentum awal pelajar. Terima kasih.

Catatan Popular