RAHSIA KEJAYAAN #1


Berjaya? Apa itu berjaya? Perlu ke saya berjaya? Penting sangat ke? Macam-macam persoalan yang ditimbulkan oleh banyak orang.Seolah-olah kejayaan itu bukan satu keperluan dan kemestian. Ada sebahagian dari kita merasakan, kejayaan adalah sekadar pencapaian dan ia tidak terlalu penting dan sebaliknya ada yang merasakan ia adalah sebuah kehidupan. Tidak ada makna jika tidak berjaya.

Sebagai manusia, kejayaan adalah tuntutan yang utama dalam kehidupan. Banyak sebenarnya kejayaan yang telah kita tempa setiap hari. Ingat, setiap hari! Bukan berlaku sebulan sekali atau setahun sekali, apatah lagi seumur hidup sekali. Apabila malam sebelum kita tidur, kita memasang niat kita untuk bangun awal pagi jam 5.00 untuk berqiamullail atau menglangkaji, dan kita berjaya bangun, maka itu adalah satu kejayaan bukan?

Begitulah rutin kita setiap hari iaitu mencipta kejayaan. Kita adalah sang juara semenjak kita lahir lagi. Kita adalah sperma yang berjaya berbanding ribuan sperma yang berebut-rebut untuk bersatu dengan telur ketika di alam awal sebelum kita dilahirkan. Adakah kita sudah lupa? Ya, memang kita lupa sebenarnya. Jadi mari bersama kita ingatkan kembali bahawa kehidupan ini adalah satu tempat untuk kita mencipta kejayaan.

Kejayaan adalah sangat sinonim dengan kita sebagai manusia. Cuma yang sentiasa menjadi penghalang kepada kejayaan kita adalah kehendak peribadi kita. Hendak berjaya adalah keinginan diri kita sendiri. Sebab itu, apabila ibu dan ayah kita beria-ia mahukan kejayaan dari kita, tetapi kita tidak ada semangat untuk mencapainya maka ia tidak akan ke mana-mana. Oleh itu, untuk berjaya mulakan dengan mewujudkan ciata-cita. Kemudian beriltizam dengan cita-cita tersebut. Beriltizam bermaksud, selepas bercita-cita, datangkan minat untuk mencapainya, lakukan dengan bersungguh-sungguh dan tanamkan keyakinan di dalam diri bahawa "Aku boleh mencapai cita-cita ini!".




Muat turun artikel ini di sini.

Follow by Email

BERSAMA KAMI