SK SERI NILAM LAGI


1 November 2011, Batu Caves Gombak - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management sekali lagi menerima pelawaan berceramah di SK Seri Nilam. Kali ini, ceramah yang disampaikan lebih ditumpukan kepada soal persiapan pelajar sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Sebagaimana yang berlaku juga di sekolah yang lain, bilangan penyertaan peserta amat berkurangan dan ini disebabkan kerana mereka telah tamat peperiksaan. Seperti biasa bagi penceramah, tajuk Selangkah Ke Alam Remaja disampaikan dengan sempurna dan berjaya menarik perhatian pelajar untuk berfikir dan mendengar selama 2 jam ia disampaikan.

Usaha yang berterusan begini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang lebih bertanggungjawab untuk ummat khususnya ahli keluarga mereka kelak.

Catatan Popular