SK BATU 4 JALAN IPOH (1)


31 Oktober 2011, Jalan Ipoh - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi diiringi Encik Johari dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja di SK Batu 4 Jalan Ipoh (1). Sesi ceramah yang dimulakan pada jam 1.00 petang itu, disambut baik oleh pelajar walaupun kehadiran mereka kurang memberangsangkan.

Ceramah berjalan lancar dengan dibantu oleh Encik Johari dan peserta mendapat input serta memberikan perhatian yang baik sepanjang ceramah dijalankan. Kami di IQ Class Management amat berbesar hati kerana menerima jemputan dari pihak sekolah. Semoga semua usaha baik ini berkekalan sehingga akhirnya.

Catatan Popular