SK ASSAM JAWA - TERAKHIR


28 Oktober 2011, Kuala Selangor - IQ Class Management sekali lagi bertandang ke SK Assam Jawa bagi menjalankan program motivasi anak-anak asnaf bagi pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6. Program yang bermula dari jam 8.00 pagi ini dibahagikan kepada 2 kelompok dan ke dalam 2 sesi.

Sesi pertama, peserta dibimbing untuk menghayati kepentingan ilmu dengan beberapa permainan yang dijalankan secara berasingan antara peserta darjah 3 dan 4 serta darjah 5 dan 6.

Sesi kedua, Perunding Utama Latihan Dan Motivasi telah diberikan amanah untuk melaksanakan aktiviti Kepentingan Masa bersama pelajar tahun 3 dan 4 manakala bagi pelajar tahun 5 dan 6 telah diselia dan diuruskan oleh Perunding Latihan Dan Motivasi, Johari Hamzah.

Program berakhir pada jam 12.00 tengahari denngan sesi penyampaian hadiah dan cederamata kepada peserta.

Catatan Popular