KURSUS EKSPLORASI PEMBINAAN DIRI DAN MOTIVASI DI RAUB

19 Oktober 2011, Raub Pahang - Kursus Eksplorasi Pembinaan Diri Dan Motivasi yang telah dilaksanakan oleh IQ Class Management disambut meriah dan memberangsangkan oleh peserta kursus yang dihadiri oleh kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Raub. Kursus yang berlangsung selama 2 hari tersebut telah diserta oleh hampir 30 orang peserta dan ianya berlangsung dengan begitu memuaskan.

Antara objektif kursus tersebut adalah untuk mengembalikan matlamat kerja kakitangan serta meningkatkan daya motivasi serta tanggungjawab mereka kepada kerja mereka. Kursus diketuai oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasi serta Perunding-perunding Latihan Dan Motivasi kami sendiri.

Kursus bermula pada pagi 19 Oktober 2011 dan berakhir pada 20 Oktober 2011 dengan aktiviti penutup di mana peserta berbincang dan membentangkan hasil kerja serta janji ikrar mereka untuk melakukan beberapa perubahan utama di pejabat mereka.

Catatan Popular