KEM ASAS FASILITATOR UNISEL


21 Oktober 2011, Sungai Congkak, Hulu Langat - IQ Class Management telah menerima jemputan dari Persatuan Penggerak Mahasiswa UNISEL atau PPMU dalam menganjurkan Kem Asas Fasilitator atau KEMAF. Kursus yang dilangsungkan selama 3 hari 2 malam telah disertai oleh 30 orang peserta yang majoritinya dari kalangan pelajar-pelajar UNISEL.

Kem ini diketuai jurulatih iaitu Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management sendiri bersama tim muda jurulatihnya, Mustafa, Wan Saiful, Adri dan Azali. Kem yang mendapat cetusan awal dari Encik Farid penasihat PPMU ini berlangsung dengan jayanya di Wood Valley Village Sungai Congkak.

Kursus bermula dengan aktiviti pemecah bendungan dan pembinaan kumpulan pada malam pertama dan diakhiri dengan beberapa pelan perancangan pergerakan mereka. Apa yang kami harapkan, aktiviti yang dijalankan dapat memberikan pengajaran dan pengalaman berharga buat peserta. Kursus tamat pada jam 3.00 petang pada 23 OOktober 2011.

Catatan Popular