SEKALI LAGI DI SK SEKSYEN 27 (1) SHAH ALAM


7 Oktober 2011, Seksyen 27 Shah Alam - Perunding Utama Latihan & Motivasi, sekali lagi telah menerima jemputan untuk menganjurkan Program Selangkah Ke Alam Remaja untuk pelajar-pelajar tahun 6 SK Seksyen 27 (1) Shah Alam. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi juga disertai dan dibantu oleh 2 orang fasilitator, BOB dan AZALI.

Alhamdulillah, perjalanan aktiviti lancar dan maklumat yang disampaikan jelas. Harapan kami agar kursus atau program sebegini diperbanyakkan dan IQ Class Management sendiri telah sepakat untuk melaksanakan program lanjutannya ini ke sekolah-sekolah menengah sebagai tanda komited dalam usaha membantu negara menangani gejala sosial di kalangan remaja.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Zainon yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksana program ini. Semoga usaha para guru ini diberkati oleh Allah s.w.t.

Catatan Popular