PRO-MAHIR DI SK BANDAR BARU BANGI

Justify Full
11 Oktober 2011, Kajang - IQ Class Management telah berkunjung ke SK Bandar Baru Bangi untuk kali kedua yang pertama pada awal tahun 2011. Kali ini IQ Class Management hadir dengan misi melaksana Program Motivasi dan Kemahiran Belajar atau Pro-Mahir bersama pelajar-pelajar tahun 5 bagi mempersiapkan mereka untuk UPSR 2012.

Pasukan IQ Class Management diketuai oleh Perunding Utama Latihan & Motivasi, perunding-perunding latihan dan motivasi, BOB dan IMRAN. Perjalanan lancar dengan sebahagian besar aktiviti tertumpu kepada kemahiran belajar bermula dengan teknik pengurusan masa, teknik mengingat, memaksimakan keupayaan otak dan 'mind mapping'.

Alhamdulillah baik, namun bilangan yang terlalu ramai memberikan pengajaran besar kepada kami untuk meramaikan lagi tenaga fasilitator bantuan dan mahir untuk memberikan kesan lebih besar kepada pelajar. Terima kasih kepada Cikgu Faridah yang terus menerus memberikan kepercayaan kepada IQ Class Management memberikan input dan manfaat kepada pelajar di SK Bandar Baru Bangi. Moga usaha yang baik ini berkekalan hingga ke hari akhirat.

Catatan Popular