PRA-SYARAT FASILITATOR MUSLIM 4


Mencegah Perkara Yang Buruk

Usah pula dilupakan, bahawa pencegahan merupakan tindakan paling mujarab dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau penyakit. Maka, pencegahan ini memerlukan sedikit komitmen serta keberanian untuk menyatakan yang hak kerana rata-rata fasilitator hanya berani menyatakan kebaikan tetapi amat keberatan untuk menegur kemungkaran.


Iman Menjadi Tunjang Dalam Kehidupan


Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Kamu adalah ummat yang terbaik yang lahir dari kalangan manusia, ajaklah dengan perkara kebaikan dan cegahlah perbuatan mungkar serta berimanlah kepada Allah”. Maka sempurnalah seruan untuk menjadi ummat yang terbaik apabila 2 perbuatan di atas ditutupi dan dihiasi dengan keimanan. Fasilitator, secara amnya ditugaskan untuk melakukan 2 perkara di atas. Mereka ditegah dari mengeluarkan kata-kata yang kesat serta perbuatan yang menyebabkan hilangnya motivasi dalam diri peserta.

Maka, perintah yang ketiga itu melengkapi tanggungjawab dan peranan sebagai Fasilitator Muslim yang perlu memahami amanah aqidah tersebut serta meyakininya. Gagal menekuni iman maka, terumbang-ambinglah peranan seorang Fasilitator Muslim.


Berdisiplin, Berdedikasi dan Berdeterminasi


Orang-orang yang beriman, akan meletakkan seluruh jiwa raga mereka di dalam setiap usaha yang ingin mereka bangunkan di dalam masyarakat mereka. Tidak syak lagi, hasilnya, seorang Fasilitator Muslim akan mempunyai disiplin yang tinggi, berdedikasi terhadap amanah serta tidak pernah mengenal penat dan lelah di dalam melaksanakan tugasnya. Keikhlasannya terserlah melalui kesungguhan dan kemahuannya untuk belajar dan mengajar.

Maka, inilah yang akan menjadi tunjang dan merupakan pra-syarat utama sebelum seorang fasilitator itu bergelar Fasilitator Muslim. Apabila mereka ini berada di dalam kelompoknya, hadirnya dia dirasai dan hilangnya dia dirindui. Adakah kita sebegitu di dalam kelompok kita atau sebaliknya? Jom kita fikirkan dan saya mengharapkan, dengan adanya catatan ringkas melalui pengalaman saya yang sedikit ini, akan membuka ruang dan mata para pembaca tentang pentingnya seorang Fasilitator Muslim serta memahaminya adalah suatu kemestian jika anda memilih ini sebagai sebahagian dari usaha dakwah anda. Selamat membaca.

Muat turun artikel di sini.

Follow by Email

BERSAMA KAMI