SK TAMAN ALAM MEGAH


12 Oktober 2011, Shah Alam - Buat kali pertama, IQ Class Management yang diwakili oleh Perunding Utama Latihan & Motivasi menerima jemputan ceramah daripada SK Taman Alam Megah. Ceramah yang disampaikan bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja.

Ternyata, pada permulaan ceramah, pelajar menunjukkan kurang berminat serta tampak sugul dan tidak bermaya. Namun, atas pengalaman yang ada, pelajar berjaya ditarik perhatian mereka dan terus memberikan komitmen mendengar ceramah sehingga ke akhirnya.

Namun, usaha ini amat sedikit apabila berpeluang berbincang dan berbicara bersama guru-guru di SK Taman Alam Megah. Terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Rugayah dan barisan guru-guru yang komited dalam mendepani isu-isu keremajaan dan kedewasaan pelajar. Mudah-mudahan, guru di sekolah yang lain juga sebagaimana mereka. Banyak ilmu yang ditimba ketika di SK Taman Alam Megah. Terima kasih cikgu!

Follow by Email

BERSAMA KAMI